Reiki berasal daripada bahasa Jepun, Rei ertinya alam semesta dan Ki ertinya energi/tenaga. Jadi Reiki bermaksud tenaga daripada alam semesta. Ia adalah suatu kaedah penyembuhan traditional dengan telapak tangan iaitu dengan meletakkan tangan ke atas bahagian tubuh yang sakit sama ada dengan menyentuhnya ataupun tidak. Dengan itu tenaga yang diserap dari alam semesta dapat disalurkan kepada bahagian tubuh pesakit.
Kesimpulannya, Reiki adalah satu proses penyaluran energi dari alam semesta melalui pengamal Reiki kepada pesakit yang bertujuan untuk meningkatkan kemampuan semulajadi tubuh untuk menyembuhkan diri sendiri dengan menyeimbangkan kembali energi pesakit tersebut Banyak mitos dan kefahaman tentang Reiki yang tersebar adalah kebanyakannya adalah TIDAK BENAR sama sekali. Reiki bukanlah ilmu mistik yang menggunakan jampi serapah, dan tidak menyeru pertolongan Jin atau entiti dalam proses rawatan.
Sejarah Reiki
Terdapat pelbagai versi berkenaan Sejarah Reiki yang boleh didapati diinternet dan master-master Reiki dengan cerita yang berbeza-beza. Walau hal yang demikian, itu bukanlah syarat penting untuk mempelajari Reiki. Sebagai contoh, anda tidak perlu tahu sejarah penciptaan telepon oleh Alexander Graham Bell pada tahun 1876, anda tetap mampu menggunakan handphone. BENAR BUKAN?.
Namun secara ringkasnya seperti dibawah ini:
Reiki, adalah bahasa Jepun (disebut“RAY-key”) bererti energi kehidupan alam semesta, atau energi Ilahi, dan dipercaya sistem penyembuhan ini awalnya berasal dari Tibet. Dikatakan bahwa praktek penyembuhan ini berasal dari naskah-naskah kuno ribuan tahun yang lalu. Naskah kuno yang diketahui telah berusia lebih dari 5,000 tahun. Reiki BUKAN sejenis agama atau segala hal yang berhubungan dengan keugamaan. Seni penyembuhan terdapat hampir disemua kebudayaan dan tradisi diseluruh dunia. Reiki adalah kesatuan dari semua konsep tersebut, yang sekarang telah dapat diterima diseluruh dunia. Reiki mengajarkan kesatuan dan keharmonisan. Reiki adalah keharmonian dengan alam dan dapat digunakan untuk membantu penyembuhan manusia, tumbuhan, dan binatang, dan dapat juga membantu kemurnian dan keharmonisan air dan udara. Teknik Penyembuhan Reiki adalah sebuah bentuk penyembuhan yang “Tidak Konfrontatif” meringankan berbagai masalah dan trauma yang berbeza dengan cara yang sangat lembut. Kerana sifatnya yang universal, Reiki dapat dipelajari oleh siapapun, tidak mengira agama, keyakinan, usia, maupun tingkat spiritual seseorang .
Semua yang anda perlukan adalah niat yang tulus untuk menyembuhkan dan disembuhkan. Salah satu keunikan seni penyembuhan Reiki adalah, Reiki berkerja disetiap tingkat penyembuhan dalam diri seseorang yang meliputi tubuh fisik, emosi, mental dan spiritual. Dengan kata lain Reiki menciptakan kesembuhan secara menyeluruh (holistik). Selain itu Reiki juga mempunyai kecerdasan tersendiri, dimana energi Reiki akan bekerja sesuai dengan keperluan tanpa harus diarahkan dengan usaha yang keras. Tidak seperti dengan menggunakan teknik lain/aliran lain yang boleh mengurangi energi penyembuh/praktisi. Energi Reiki juga dapat dikirimkan dari jarak jauh dan bahkan melintasi ruang waktu dan tempat (antara negara & benua).



No comments:
Post a Comment