Sunday, November 30, 2014

Terapi Mak dan Ayah




Alhamdulillah, baru - baru ini saya telah balik ke kampung halaman saya di Parit Raja,Batu Pahat, Johor. Inilah kali pertama saya balik ke kampung halaman setelah menimba ILMU Terapi Aura Reiki.

Tujuan saya menimba ilmu ini adalah kerana orang tua saya.
Puas sudah berubat disana sini, namun kesan dan hasilnya tidak membuahkan hasil. Malah wang ringgit pencen ayah juga habis untuk berubat,

Atas rasa tanggungjawab ini jugalah saya mempelajari ilmu Terapi Aura Reiki ini.

Hasil daripada terapi saya yang pertama ini terhadap mak dan ayah saya,
alhamdulillah. ianya nampak kesannya. Ini kerana Allah tunaikan apa yang saya minta daripadanya.
Menyedarinya, untuk melihat perubahan itu dalam sekelip mata, ianya agak mustahil jika nak dibandingkan dengan penyakit yang sudah bertahun dihidapi.

Perkembangan positif mak dan ayah saya ini, adalah penguat semangat saya untuk terus berbakti kepada mereka. Inilah yang terdaya saya lakukan sebagai seorang anak. Harapan saya adalah untuk mak dan ayah saya cepat pulih seperti sediakala.

Call/sms/whatsapp 017 5676981

No comments:

Post a Comment