Monday, December 8, 2014

REIKI dari sudut fahaman dan cara amalan mengikut islam (versi Islamik)

Perubatan Kaedah Reiki telah pun diiktiraf sebagai Perubatan Komplementari oleh Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementeri Kementerian Kesihatan Malaysia.  Persatuan Perubatan Alternatif Malaysia ( PPAM ) selaku saya sendiri sebagai Presiden PPAM ( yang mewakili pengamal Reiki )  sudah duduk bersama Badan Gabungan yang dilantik oleh pihak KKM iaitu Federation of Complementry and Natural Medical Association Malaysia ( FCNMAM )untuk membincangkan masa depan dan perkembangan perubatan reiki kepada pihak KKM.  Terdapat beberapa kekeliruan atau salah faham sesetengah pihak atau individu tentang ilmu reiki di Malaysia. Bagi saya itu hanyalah andaian semata- mata kerana mereka yang bercakap tentang reiki itu syirik dsb  adalah mereka yang  belum memahami konsep ilmu yang diajar berkaitan dengan Sains Bio energi, sistem tenaga hayat dan sistem tenaga alam semesta yang berhubung kait dengan penjanaan aura,  kesihatan dan tahap kesihatan emosi dan spiritual. Kaedah dan teknik amalan seperti teknik pernafasan yang betul untuk sihat  dan kaedah  berdoa / niat, syukur, reda dan pasrah 100% kepada tuhan  akan diajar dan dipraktikan dan semua ini akan menyebabkan sistem energi dalam tubuh akan terjana dan menghasilkan kesan positif. Di dalam ilmu reiki amalan yang penting  adalah sentiasa tidak mudah marah, sentiasa  bersyukur dan pasrah kepada Illahi, berlaku jujur dalam urusan dan sentiasa berbuat baik … Inilah amalan murni yang sejajar dengan Islam. Akademi saya menyediakan modul reiki yang sudah disesuaikan dengan Islam ( versi Islamik ) dan sebab itu kini sudah terdapat beberapa orang guru agama ( ustaz ) yang sudah bersama akademi ini belajar reiki hingga ke level Master dan sedang  membuat tesis Ph.D bertajuk ” REIKI  DALAM PERSPEKTIF ISLAM ” Walau pun  dikatakan ilmu reiki dipelopori oleh Dr  Usui dari Jepun, namun apa yang kita ambil adalah teknik dan dari sudut fakta sainstifik tentang tenaga alam, sistem aura dan chakra yang memang ada kewujudannya, maka dari sinilah ilmu yang bersifat universal / Sains ini kita pelajari dan kita sampaikan mengikut kaedah dan amalan yang sesuai dengan orang Islam iaitu dengan doa dan zikir serta memohon dan berserah 100% kepada Allah swt.  Di dalam reiki yang kita amalkan adalah tidak  bersatu dan memohon kepada sumber tenaga alam seperti yang didakwa oleh sesetengan pihak, sebaliknya kita menggunakan sumber tenaga alami ini yang allah kurniakan dengan sebaik- baiknya seperti oksigen, air, batu, cahaya , herba – herba, bunga-bungaan ( flora ) dll. Sesungguhnya setiap yang allah jadikan di alam semesta ini tidaklah sia – sia.  Maka kita harus menggunakannya dengan kaedah yang betul agar kita mengambil manfaatnya untuk keseimbangan, keharmonian, kesihatan, keceriaan dan kesuksesan di dalam kehidupan seharian. Bagi yang masih merasa ragu tentang ilmu Reiki ini saya nasihatkan agar datang menghadiri Kursus yang saya anjurkan pada leve 1 dan 2 dan jika mahu ke level advance dan master juga dialu-alukan. Maka selepas anda hadir barulah membuat penilaian dan jika ada keraguan lagi bolehlah memberikan pandangan yang sepatutnya. Adalah tidak adil  jika ada seseorang itu menyatakan reiki itu salah dan syirik sedangkan ia belum memahami apa yang diajar di dalam reiki. Jika terdapat mereka yang mengamalkan reiki dengan membawa fahaman yang salah itu hanyalah bersifat individu yang salah amalannya sedangkan ilmu reiki yang dibawa oleh Akademi saya tidak mengajar amalan seperti itu.
Berikut saya panjangkan beberapa artikel yang dikeluarkan kepada media sosial berkaitan dengan pandangan yang positif tentang amalan perubatan Reiki untuk kefahaman selanjutnya tentang Reiki.   ( petikan dari Blog )
Penjelasan Ilmu Aura Reiki dari sudut Fakta Ilmiah
dan Sains.
Ilmu Aura Reiki mula berkembang di Malaysia   awal tahun 2000 dengan berbagai cabaran dan ujian bagi mereka yang ingin menyampaikannya. Ilmu reiki dianggap salah dan bertentangan kerana  pemahaman dan pengetahuan yang cetek tentang ilmu sains bio energi / Sistem tenaga hayat.  Reiki telah dilabel dengan pelbagai tomahan seperti ilmu sihir, mengamalkannya adalah syirik, khurafat dan banyak lagi. Walaubagaimanapun, dengan usaha yang gigih serta azam yang kuat. Ilmu Reiki telah mula mendapat tempat dihati masyarakat Malaysia khususnya masyarakat Melayu. Walaupun begitu, pembawaan dan penggayaan Reiki yang salah oleh sesetengah pengamal Reiki telah mencacatkan proses integrasinya.
Marilah kita sama-sama kembali kepada inti ilmu dan prinsip Reiki yang sebenar agar ilmu yang baik ini terus mendapat tempat dan makmur. Masyarakat Melayu khususnya boleh menerima Reiki dengan adanya pemahaman dan saluran yang betul. Dengan kajian yang banyak didedahkan di blog ini, mudah-mudahan menjadi penawar kepada salah tanggap masyarakat terhadap Reiki.
Garis panduan penilaian tentang REIKI  yang sebenarnya ilmu reiki universal  adalah :-
  • Sebuah bentuk terapi alternatif atau komplmentari
  • Menggunakan tenaga alam (bukan tenaga dalam)
  • Bersifat universal (alami) bukan fahaman agama, bangsa, budaya dll.
  • Bersifat medikal – bukan jampi serapah atau seumpamanya.
  • Bersifat terapi fitrah atau alami – daya kebolehan sistem imunisasi & kebolehan atau kuasa penyembuhan diri sendiri.
  • Bersifat teknikal – boleh dikuasai oleh sesiapa sahaja seperti memandu, menulis dll.
  • Bersifat skil peribadi bukan pergantungan ubat, alat, nutrisi, kristal dll
  • Bersifat disiplin ilmu dan perlatihan – tidak bergantung pada azimat, tangkal, jin, khadam, mantra, simbol atau sebaginya.
  • Ilmu sains tenaga hayat – mempelajarinya umpama mendalami ilmu mengenal sistem tenaga pada diri. Menguasainya umpama menguasai sistem perisai diri, keharmonian dan kesihatan diri.
  • Ilmu yang membicarakan tentang aura – perisai atau pakaian metafizik diluar tubuh fizik (gelombang arus elektromagnatik di sekeliling tubuh). Memahami aura, cara penjagaan dan penjanaannya.
  • Ilmu yang membicarakan tentang chakra – pusat tenaga hayat tubuh yang berada di dalam sistem tubuh manusia.
  • Ilmu yang membicarakan tentang energi / tenaga / chi / prana / qudrah / kudrat dll. Memahami sumber tenaga alam, aplikasi energi pada tubuh, penjagaan dan penjanaan energi ini. Manusia secara semulajadi sudahpun mengaplikasikan energi ini sejak kelahirannya. Memahami ilmu ini akan memberi pengetahuan tentang apa yang telah sedia-ada pada manusia. Menguasainya akan meningkatkan kesan kemanfaatan energi alam ini pada tubuh.
  • Ilmu metafizik moden yang memberi penjelasan terhadap ritual / kepercayaan mistik, mitos, paranormal, tradisi yang telah di amalkan sejak turun temurun. Malah, melaluinya penjelasan ritual dalam agama juga dapat dikupas dan difahami secara sains dan logik.
  • Merawat sistem bio-energi (tenaga hayat) – aura, chakra, kundalini, nadis, sistem neuro (otak), saraf dll.
  • Suatu terapi yang merehatkan minda dan emosi
  • Menggunakan teknik sentuhan lembut tangan – bukan urutan namun boleh digabungkan dengan urutan atau teknik seumpamanya seperti refleksologi.
  • Merawat sistem metafizik (ghaib: minda/emosi/roh/aura/chakra dll) & fizik (sistem badan/organ/pancaindera dll) tubuh manusia
  • Merawat sistem gelombang tenaga elektromagnetik tubuh – kesan radiasi alam, keseimbangan tenaga panas sejuk, frekuensi tinggi rendah, penjagaan dan penjanaan energi dll.
  • Diiktiraf oleh pertubuhan kesihatan sedunia & Kementerian Kesihatan Malaysia (hanya pengamal berdaftar sahaja akan yang diiktiraf).
Maka selaku pengamal reiki yang asli dan universal hendaklah memahami reiki dari sudut sains dan fakta ilmiah dan mengamalkannya mengikut fahaman dan teknik  apa yang dipelajari serta mengamalkan secara Islam ( bacaan doa memohon kepada Allah ) dengan yakin, sabar, ikhlas dan pasrah. Kita hanyalah berusaha dan sebagai pengalir tenaga reiki yang dikurniakan tuhan kepada kita. Insya allah akan berkesan.
Reiki adalah TERAPI BIO-ENERGI Komplimentari di bawah naungan BAHAGIAN PERUBATAN TRADISIONAL & KOMPLEMENTARI, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.

Antara status TERAPI REIKI kini adalah:
  • Reiki telah disetujui untuk dikategorikan sebagai NON BODY CONTACT treatment sebaris dgn TaiChi & exercise therapy. Dgn kejayaan untuk meletakkan REIKI pada status ini, secara otomatik ia menjadikan pra-syarat lebih mudah untuk mendaftarkan PENGAMAL REIKI.
  • Reiki adalah antara TERAPI ENERGI yang telah melepasi PENYEMAKAN STANDARD ‘CLINICAL EVIDENCE BASED PRACTISE’ sebagai salah satu syarat penting membolehkan sesuatu teknik terapi itu dipraktis di Malaysia.
  • Reiki akan memerlukan silibus pembelajaran yang dikategorikan bawah PENGAMAL PERINGKAT SIJIL – (silibus masih dalam proses pengolahan yang kelak akan dipantau oleh M.of Higher Edu (MOHE) dan MOH )
  • Pada awalnya, program SIJIL memerlukan 1 1/2 tahun pembelajaran sepenuh masa.. Namun, setelah diUSAHAkan, MOH bersetuju (setakat ini) untuk menyediakan satu program pembelajaran khas untuk REIKI di namakan Program SIJIL KOMPETENSI (sijil kebolehan khas) yang memerlukan tempoh pembelajaran sepenuh masa kira-kira 4 – 6 bulan teori dan amali. (ini suatu pencapaian yg HEBAT kerana MOH begitu tegas dan pentingkan MUTU dlm semua aspek.. pembelajaran jangkamasa pendek / INSTANT (kursus TERUS JADI MASTER dalam SEHARI) TIDAK diterima sama sekali)
  • AKTA tentang RAWATAN KOMPLEMENTARI dan TRADISIONAL (TCM) akan dikeluarkan kelak oleh KKM. JENIS2 terapi akan diLULUSkan berperingkat-peringkat dan semua pengamal akan turut dinilai (lalu, jika anda berhasrat menjadikan ini PELUANG KERJAYA & PERNIAGAAN .
  • Kini, beberapa HOSPITAL telahpun menyediakan KHIDMAT TERAPI KOMPLEMENTARI seperti URUTAN MELAYU dan Accupunture dan mungkin REIKI tidak lama lagi apabila sudah bersedia menjadi pengamal reiki yang berdaftar dan diiktiraf oleh KKM
Elakkan diri dari belajar reiki dari guru yang belum diberikan tauliah kerana dikhuatiri belum mahir  teknik penyampaian yang berkesan  atau salah penyampaian kerana kurang pengalaman dalam ilmu reiki yang
RO KONTRA ISLAM DAN REIKI ( PETIKAN DARI BLOG )
Pro kontra apakah Reiki bertentangan dengan Islam  atau tidak adalah hal wajar yang muncul ke permukaan kapan pun dan dimana pun. Dikotomi ini tak akan pernah hilang begitu saja. Yang jelas ketika manusia meyakini bahwa semua jalan menuju kebaikan tercipta atas ridho Allah, maka pada titik itu manusia bisa melihat bahwa Reiki tidak bertentangan dengan Islam, mengingat selama ini manfaat Reiki hanya untuk kebaikan.
Pernyataan ini dikemukakan oleh Prof. DR. Dr. H.Asdie SpPD KEMD, guru besar Fakultas Kedokteran UGM yang aktif berdakwah, saat ditemui di rumahnya oleh tim buletin Waskita Reiki di kediamannya di bilangan Ring Road Utara Yogyakarta beberapa waktu lalu. “Bukankah selama ini manfaat Reiki hanya untuk kebaikan semata?” Pak Asdi mengakui jika selama ini masih ada pro dan kontra tentang Islam dan Reiki.
Itu adalah hal yang wajar. Dokter ahli penyakit dalam spesialisasi konsultan endokren metabolik dan diabetes yang juga saat ini menjadi Master Reiki di Yayasan Waskita Reiki mengatakan dengan merujuk Surat Yassin ayat 36 yang isinya, “Allah menciptakan manusia berpasang-pasangan.” Surat Yasin itu jelas menyuratkan bahwa di dunia ini semua hal serba berpasangan . Ada siang ada malam, ada gelap ada terang, ada laki-laki dan ada perempuan, ada pro dan tentu juga ada kotra. “Maka wajar jika masih ada pro kontra tentang metode penyembuhan ala Reiki dengan Islam,” jelas Asdi lebih lanjut.
Yang layak dicermati adalah bukannya kita tenggelam ke dalam pro kontra itu sendiri, melainkan mencoba menelusuri kaitan positif antara Islam dan Reiki. Pria kelahiran Sumenep Madura tahun 1941 yang juga terus aktif berdakwah sebagai ustad di Yogjakarta menyatakan bahwa ada empat hal menuju kebaikan yang ada di jalan Allah. Pertama, Surat Muhammad Ayat 7 yang menyatakan bahwa barag siapa membantu Allah maka Allah membantu dan mengukuhkan. Kedua, Berdakwah dengan tujuan utama berdakwah adalah menghilangkan marah, iri, dengki. Dengan demikian orang mendapat ketenangan dalam hidup ini. Ketiga, Pasrah sebagaimana Surat Ali Imron ayat 159 yang mengajak manusia agar berserah diri kepada Allah. Keempat, adalah Sholawat sebagai satu-satunya jalan yang dapat membukakan pintu langit.
Jika satu hal itu saja dijalankan manusia Insya Allah dia akan mendapat kebaikan, ketenangan dan kedamaian di jalan Allah. Menurut Pak Asdi selama ini dalam praktek penyembuhan Reiki menjalankan tiga dari keempat hal di atas juga Bersholawat kepada Rasul Muhamad sebagai pelengkap doa sebelum melakukan penyaluran Reiki. Selanjutnya beliau juga menyatakan bahwa, “Penyembuhan massal adalah sebuah hikmah yang dikerjakan Reiki dalam menolong sesama. Di saat beaya pengobatan medis mahal, Reiki membantu sesama yang menderita sakit secara gratis. Bukankah ini berarti Reiki menjadi mitra Allah di bumi ini? Di saat meditasi pun ada tuntunan agar manusia menghilangkan sifat iri dengki dan sakit hati, dendam kesumat berkepanjangan di masa sebelumnya. Dengan menghilangkan sikap buruk itu berarti manusia berdakwah untuk memasuki jalan Allah yang penuh kedamaian.”
Selanjutnya sikap pasrah saat menjalankan self healing maupun meditasi (muasabah) membawa manusia untuk selalu berserah diri kepada Allah kapan pun dalam hidup ini. Karena menurut Pak Asdi ini jika dihayati benar-benar tidak ada yang kontra antara Islam dan Reiki. Kendati sudah ada penjelasan bahwa Islam dan Reiki sedikitpun tidak memiliki kontradiksi, namun menurut Prof ini tetap memaklumi bahwa masih ada yang bersikap kontra bahkan melarang. “Mungkin saja kontradiksi ini muncul akibat perbedaan sudut pandang,” jelasnya.
Menurut Prof. Asdi yang terus aktif berdakwah menyatakan bahwa beda antara Iman dan Musrik tipis sekali. “Sekedar contoh bahwa orang menjalankan Ibadah Sholat itu Iman. Tetapi kalau Sholat dikerjakan dengan hati dan pikiran tidak tertuju kepada Allah semata, bukankah itu syirik?” jelas Asdie lebih lanjut. Analogi lain adalah tindakan medis berupa tindakan operasi . Ketika orang tersebut meyakini bahwa dia sembuh berkat operasi , ini sama artinya dengan musrik. Yang benar dia sembuh oleh Allah melalui jalan operasi, apakah operasi cesar, bedah jantung dan sebagainya.
Demikian pula dengan Reiki. Ketika orang menyatakan diri sembuh karena Reiki, ini sama artinya dengan musrik. Orang harus sadar bahwa yang berhak menyembuhkan sakitnya adalah Allah melalui jalan Reiki. Karena beda antara iman dan musrik tipis maka di sinilah sering muncul keraguan orang terhadap Reiki. Demikian pula orang yang menyangka bahwa keyakinan tentang Islam akan goyah ketika mengikuti Reiki itu adalah salah besar. “Orang bisa saja menyangka bahwa Reki adalah sebuah agama, padahal kenyataan bukan.” jelasnya lebih lanjut.
Pak Asdi lebih lanjut menegaskan agama dan ilmu agama itu sangat beda. Karena itu ia menekankan bahwa orang harus sadar bahwa Reiki bukan agama baru, tetapi dia ( Reiki ) adalah ilmu agama yang dilewatkan orang Tibet di Pegunungan Himalaya dan disebarluaskan oleh Reiki Master. Ilmu Agama itu bisa dipelajari oleh siapa saja sama seperti halnya ilmu-ilmu lain di dunia pendidikan. Sementara simbol Reiki sendiri yang biasa digunakan dalam Reiki bukanlah jimat, tetapi sebuah cara yang digunakan atas izin Allah.
Terakhir yang penting adalah Reiki memberikan manfaat yang positif. Dalam mendapatkan manfaat ini, paling penting adalah pasrah atau berserah diri kepada Allah dengan menghilangkan segala macam dengki dan sakit hati demi kedamaian diri dan orang lain. “Bukankah di mana Islam berada ditempat itu kedamaian tercipta?” ujarnya mengakhiri pembicaraan ini.
“Sekali lagi ditegaskan bahwa Reiki pada dasarnya adalah kegiatan mengakses energi alam semesta atau energi Ilahi (Reiki) untuk disalurkan kepada diri sendiri atau orang lain ( pasien ) yang membutuhkan, yang semua itu harus dilakukan dengan penuh kepasrahan…pasrah…pasrah. Pasrah yang diajarkan dalam Reiki juga sama seperti kepasrahan yang diajarkan Nabi Muhammad SAW yang safatnya kepasrahan total,” timpal Ustadz M. Maktub Wachkis dari Magelang yang juga menjadi praktisi Reiki setelah dirinya sembuh atas pertolongan Allah melalui Reiki. Pak Ustad ini sebelumnya sakit vertigo, maag akut, bronchitis asmatis dan rasa linu di kedua kaki yang membuat dia harus keluar masuk rumah sakit. Setelah mencoba terapi Reiki ada perubahan dalam fisiknya menuju kesembuhan, lalu beliau memutuskan untuk menjadi Praktisi Reiki. Saat ini beliau di samping berdakwah juga membantu sesama dalam penyembuhan metode Reiki. Nah, alangkah indahnya hidup ini bila kita saling menyayangi satu sama lain tanpa pamrih dan bersedia membantu sesama tanpa diminta.
Sumber tulisan: Teknik Penyembuhan Reiki Dalam Berbagai Pandangan.
Yang bersumber dari terang tak akan takut akan kegelapan. Yayasan Waskita Reiki Pusat Penyembuhan Alami.
Melihat dan menyadari tentang adanya pro kontra di atas. Maka Reiki Energi Kultivasi NAQS hadir untuk memberikan solusi bagi umat Islam, karena Essensi Reiki NAQS adalah bersumber dari Islam. Formulasi Reiki NAQS di rumuskan oleh Mas Edi Sugianto (Founder NAQS DNA) berumber dari tradisi spiritualisme Islam (Tasawuf & Tarekat). Dan lineage energinya sama sekali tidak ada hubungannya dengan tradisi reiki jepang. ( japan )
Selama ini Khasanah Islam sudah banyak mempunyai tradisi esoterisme semacam itu. Namun banyak yang masih ekslusive untuk kalangan terbatas atau hanya untuk umat Islam sendiri. Sedangkan Reiki NAQS bisa juga digunakan oleh semua golongan, tanpa memandang suku, agama, dan ras. Karena Islam adalah Rahmatan Lil Alamin, dan reiki bukanlah agama juga bukan bagian dari pelajaran agama. Sehingga Reiki NAQS walaupun bersumber dari tradisi islam namun bisa dimanfaatkan dan diberikan kepada seluruh umat manusia.
Petikan ini kit baca dan hayati. Semoga kita faham dan mengamalkan ilmu reiki dengan kaedah yang betul dan hanya memohon kepada Allah swt dan pasrah kepadanya.
Terapi Penyembuhan Tenaga Ilahi  REIKI
Reiki secara harafiah berarti tenaga vital yang berasal dari alam semesta, oleh kerana semua tenaga adalah milik TUHAN YANG MAHA ESA, maka REIKI lebih sering diartikan sebagai ENERGI ILAHI. Reiki (Tenaga Ilahi) telah lama dimanfaatkan untuk penyembuhan berbagai penyakit secara semulajadi.
BAGAIMANA REIKI BEKERJA?
Tenaga Ilahi disalurkan oleh pengamal Reiki ke sumber penyakit / sumber gangguan, sehingga penyembuhan bersifat kausatif bukan hanya simptomatik. Perlu diketahui bahawa penyembuhan simptomatik hanya mengurangkan gejala dan tanda-tanda yang muncul akibat suatu penyakit / gangguan, sehingga masalah utama / sumber penyakit tidak tersentuh akibatnya, gejala dan tanda penyakit tersebut akan muncul kembali. Reiki bekerja secara kausatif, mengatasi masalah utama / sumber penyakit.
Sumber penyakit / gangguan pada manusia tidak hanya pada tubuh fizikal saja, tapi dapat juga berasal dari emosi, mental mahupun spiritual. Reiki bekerja tidak hanya pada tahap fizikal saja namun juga di peringkat emosi, mental maupun spiritual, dengan kata lain, terapi Reiki meliputi seluruh aspek kehidupan manusia.
HARUS DIPERHATIKAN bahawa tenaga Reiki merupakan tenaga Ilahi, sehingga rasa SYUKUR, tahap kesabaran dan kepasrahan kepada TUHAN sangat mempengruhi tahap kesembuhan, kerana TUHAN-lah yang Maha Penyembuh. Pengamal Reiki hanya merupakan perantara dan bukan yang menyembuhkan, hanya TUHAN-lah yang menyembuhkan..
BAGAIMANA PENYEMBUHAN JARAK JAUH (DISTANT HEALING) BEKERJA?
Alain Aspect, seorang ahli fizik quantum asal Paris ditahun 1982 yang terus menerus mengembangkan fizik quantum beliau mencari fenomena bahawa:
  1. Tenaga tidak hilang oleh jarak.
  2. Boleh terjadi seketika (lebih cepat daripada kelajuan cahaya)
  3. Boleh menyambung lokasi – lokasi tanpa melintasi ruang.
Alam semesta merupakan ciptaan TUHAN YANG MAHA ESA. Bagi TUHAN, jarak dan waktu tidak berlaku kerana TUHAN-lah yang menciptakannya. Oleh kerana Reiki adalah tenaga Ilahi, maka jarak dan waktu bukanlah suatu halangan.
Tenaga Ilahi yang disalurkan dan diterima oleh seseorang yang jaraknya dekat maupun jauh akan sama, dengan kata lain tenaga Ilahi tidak akan diturunkan / dikurangkan oleh jarak.
Tenaga Ilahi merupakan tenaga yang CERDAS, dimana akan langsung mengatasi sumber penyakit  dan gangguan, walaupun mungkin anda tidak mempunyai aduan atas penyakit / ganguan tersebut. Selain itu Tenaga Ilahi akan secara automatik menyesuaikan jumlah tenaga yang diperlukan tubuh anda, jadi anda tidak perlu takut Overdosis maupun risau kerana tenaga yang dihantar kurang.
APAKAH REIKI SELAMAT DAN  Efek sampingnya?
Ianya 100% selamat untuk siapa saja dan dimana saja, bahkan untuk ibu hamil .  Tidak ada kesan sampingan yang membahayakan. Kesan-kesan yang terjadi hanyalah proses pengeluaran bahan-bahan yang berbahaya bagi tubuh (detoksifikasi), berupa berpeluh, mual – muntah, sering buang air kecil, cirit-birit, dan lain sebagainya. Akan tetapi kesan-kesan tersebut TIDAK BERBAHAYA bagi tubuh, diNikmati dan disyukuri saja.
APAKAH PENYAKIT / MASALAH SAYA DAPAT SEMBUH SEKETIKA?
Jika TUHAN Yang Maha Penyembuh mengizinkan, penyakit / masalah anda dapat diatasi seketika. Jika tidak, penyakit / masalah anda akan dapat diselesaikan secara beransur-ansur.  Syukurilah berapa pun yang diberikan TUHAN kepada anda. Insya allah.

Teknologi Gelombang Ciptaan Ilahi

Pesakit yang dirawat itu tercipta dari dua unsur, iaitu unsur jasad (jisim) dan unsur roh (gelombang).
Ilmu asas kedoktoran iaitu anatomi dan fisiology yang dihidangkan bagi melahirkan para perawat dan doktor selama ini gagal berfungsi kerana telah mengabaikan kajian terhadap kewujudan unsur gelombang (roh) dalam tubuh kasar manusia yang merupakan asal usul kejadian manusia sebelum terbentuknya janin kandungan.
Kewujudan tenaga gelombang mengambil tugas deria kepada tubuh manusia yang membolehkan manusia mendengar melalui gelombang bunyi dan melihat melalui kehadiran gelombang cahaya .
Tanpa cahaya manusia berada dalam kegelapan. Cahaya merupakan zarah halus (microscopic particle) yang tidak boleh disentuh kerana ianya bukan jisim tetapi berupaya menghasilkan tenaga dalam bentuk gelombang.
Segala kewujudan adalah berasaskan tenaga. Tenaga membawa erti keupayaan melakukan sesuatu kerja. Dengan tenaga semua jisim bergerak, berkembang, bergetar. Nabi Adam a.s manusia pertama walaupun lengkap dan sempurna anatominya, terbujur kaku tidak bergerak serta tidak berfungsi selurh sistem tubuhnya sehinggalah menerima tenaga asas iaitu roh.
Begitulah juga dapat disaksikan sebuah telefon bimbit yang terdiri dari komponen beberapa jisim seperti logam, plastik dan lain-lain tidak dapat berfungsi dan gagal menerima pancaran gelombang tanpa kuasa bateri.
Renungkan! untuk telefon bimbit itu berfungsi ianya memerlukan dua eleman penting iaitu menerima pancaran dari rangkaian pemancar dengan melalui media alam semula jadi ciptaan Tuhan.
Bawalah kefahaman ini ke dalam teknologi kejadian manusia dan alam sejagat. Tuhan selaku empunya kepada tenaga mutlak dengan cahaya ilahinya telah menyinari segala kejadian makhluk ciptaannya.
Inilah tenaga gelombang yang menjadi asas kepada Teknologi Gelombang Nur Syifa`.
Mekanisma Rawatan gelombang
Dalam tubuh manusia terdapat bahan kimia yang akan bertukar menjadi racun apabila jumlahnya melebihi keperluan sistem tubuh dalam keadaan normal dan ia juga bertindak sebagai penawar kepada penyakit dan racun bagi memastikan kesihatan berkekalan.
Semua gejala yang lahir serta kelancaran fungsi sistem tubuh adalah dibawah kawalan Sistem Saraf Pusat (Central Nervous System). CNS bekerja secara automatik dengan menerima dan menghantar maklumat serta mengeluarkan arahan tertentu selaku pentadbir tubuh.
Tuhan yang menjadikan manusia dengan keadaan sempurna telah menyediakan segala bahan dan kelengkapan semula jadi yang terdapat pada setiap sistem dan dengannya tubuh berupaya merawat dirinya sendiri dibawah pengawasan CNS.
Tetapi disebabkan oleh beberapa faktor seperti, amalan pemakanan toksid, pencemaran udara, bebanan mental dan fizikal, Miasma keturunan, dan sebagainya menyebabkan ketahanan semulajadi tibuh serta sensitiviti CNS berkurangan.
Ditambah pula dengan penggunaan ubat-ubatan berunsur dadah dan steroid yang secara langsung bertindak terhadap CNS. Akibatnya CNS menjadi lemah dan gagal menjalankan fungsinya bagi merangsang pengeluaran enzim dan mengawal keseimbangan hormon serta menyebabkan kegagalan kepada organ dari terus bertindak yang mnyebabjan kadar toksik meningkat di dalam tubuh dan akhirnya menjadi penyakit.
Kenapa Kita Jatuh Sakit?
Mengapa masih ada serangan penyakit sekiranya sistem imun berkemampuan untuk menghalang dari serangan dan jangkitan penyakit. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan sistem imun kita menjadi lemah atau gagal berfungsi dengan baik seperti
  1. Faktor alam sekitar
  • Penggunaan bahan kimia di dalam sektor pertanian seperti racun serangga
    umpamanya telah menyebabkan makanan menjadi tercemar dan menjejaskan sistem
    imun apabila memakannya.
    • Radiasi ultra unggu (UV) dari pancaran matahari akibat pemusnahan lapisan
    ozon yang berterusan.
    • Kajian sainstis menunjukan 10% kes kanser paru-paru berpunca daripada
    pembakaran minyak fosil yang terkandung di dalam ekzos kenderaan. Pembakaran
    bahan api ini menghasilkan bahan kimia yang sangat bertoksik seperti
    polycyclic aromatic hydrocarbons (PAHs)
    • Bahan kosmetik yang berasaskan bahan kimia atau mengandungi unsur-unsur
    kimia yang boleh membawa pelbagai masalah kesihatan termasuk kanser dll.
    2. Faktor genetik atau faktor keturunan
  1. Cara hidup yang tidak sihat seperti merokok, alkohol, “stress”, emosi,
    kurang rehat dan sebagainya.
  2. Pemakanan yang tidak seimbang
  3. Rawatan perubatan yang menggunakan antibiotik, steroid, x-ray, vaksinasi dan
    seumpamanya telah memberi kesan yang buruk kepada sistem imun.
Apakah ‘Central Nerves System’ ?
Sistem saraf pusat yang bertindak mentadbir dan mengawal tubuh badan daripada sebarang ketidakseimbangan. Mengwujudkan simptom sebagai indikasi ketidakseimbangan.
Contoh : Rasa pening kepala disebabkan berlakunya “electrolyte imbalance” (kekurangan air di dalam badan).
Benarkah Perubatan Kimia Dapat Menyembuh Penyakit Dengan Cepat ?
Rasa sakit merupakan indikasi kepada ketidakseimbangan yang berlaku di dalam tubuh badan. Pengunaan bahan kimia telah menghalang “central nerves system” daripada mengesan masalah tersebut sekaligus menghilangkan indikasi “rasa sakit”.
Akibatnya punca masalah tidak dirawat dan akan menjadi lebih kronik dalam jangka panjang
Memahami Proses Penyembuhan Teknologi Gelombang
Memahami cara penyembuhan teknologi gelombang adalah amat penting difahami oleh pesakit. Walaubagaimanapun, keadaan setiap individu berbeza bergantung kepada tahap penyakit, tenaga serta kekerapan tubuh menerima kaedah rawatan pembenaman terhadap simptom dan tanda serta rasa sakit sahaja.Proses penyembuhan bermula apabila fikiran menjadi semakin tenang, walaupun berlaku kemelaratan kepada fizikal. Kemelaratan yang bersifat sementara ini menunjukkan pembongkaran penyakit mula bergerak ke arah penyembuhan.
Call/sms/whatsapp 0175676981
Credit : https://aurasuccess.wordpress.com/2014/10/17/reiki-dari-sudut-perseptif-dan-cara-amalan-mengikut-versi-islamik/


No comments:

Post a Comment