Thursday, December 4, 2014

Tradisi Reiki Usui

Reiki diperkenalkan pada awal abad 20 di Jepun oleh Dr.Mikao Usui yang juga dikenali sebagai Usui Sensei atau Usui San. Teknik Reiki Usui asalnya telah ditemukan oleh Dr. Mikao Usui dari Jepun setelah beliau melakukan perjalanan spiritual yang cukup panjang dan melakukan meditasi di Gunung Kurama selama 21 hari. Pada hari-hari terakhir beliau bermeditasi, beliau dianugerahi “Satori” (pencerahan spiritual) dan kemampuan untuk menyembuhkan diri sendiri dan orang lain.

 Sebenarnya pada awal system ‘Reiki’ ditemukan, Mikao Usui tidak menamakannya dengan istilah “Reiki”, beliau menyebutnya dengan istilah “Usui Do” (Teknik Saya) .  Istilah “REIKI” & “REIKI RYOHO” telah digunakan secara meluas dalam masyarakat Jepun sebelum Mikao Usui pada era Meiji (1868-1912), Taisho (1912-1925) and awal era Showa (1926-1988) untuk menamakan sesuatu teknik rawatan. Mikao Usui kemudian menamakan tekniknya sebagai Usui Reiki Ryoho.  Dr.Mikao Usui telah menubuhkan Usui Reiki Ryoho Gakkai (Persatuan/Kelab teknik rawatan reiki usui) pada April 1922 di mana dia melakukan rawatan dan mengajar reiki.

dr_usui_
Foto: Mikao Usui
Simbol Reiki, Posisi Tangan, Chakra dan Aura
Pada awalnya, Dr. Mikao Usui tidak menggunakan simbol dan posisi tangan. Penyaluran energi Reiki hanyalah menggunakan ‘Niat’ sahaja. Simbol hanya diperkenalkan kemudian dan dikembangkan oleh Hayashi & Takata sahaja. Reiki yang awal juga tidak ada konsep Aura dan Chakra.
 Prinsip Hidup Reiki
 Dalam pembelajaran Reiki Usui ini, Pelajar diterapkan prinsip hidup Reiki yang bertujuan memupuk nilai-nilai murni kepada pelajar. Prinsipnya adalah seperti berikut: 
  • Untuk hari ini saya tidak akan marah
  • Saya tidak akan cemas
  • Saya akan bersyukur atas semua kurnia
  • Saya akan bekerja dengan baik
  • Saya akan berbuat baik pada seluruh makhluk hidup

Contoh Teknik Rawatan Reiki
treatment2
Call/sms/whatsapp 0175676981

No comments:

Post a Comment